Monday 25 June 2012

KiSaH SiPoHoN SeMaLU

 
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Sunday 17 June 2012

HaRi SeJuTa BeLia

hye sume...

Minggu lepas ade hari Perhimpunan sejuta belia kan?? Lokasi di Putrajaya... huhu... so, kebetulan aku join Mini Tunas Mekar (persatuan untuk meniaga under UiTM), ktorg dioffer la untuk pg kursus selama 2 hari pada hari belia tu... huhu... best tu, dpt jln free... hehehe

Yang best nyer pg kursus tu.. ktorg dpt mkn free sarapan pagi, minum pagi, mkn tgh hr n minum petang... menu2 dia pun.. wah, kenyang la perut malam tu.. hehehe..

Hari pertama ktorg kat majlis tu, majlis dirasmikan oleh Datuk Mukhriz (anak tun mahathir).. So, kwn aku (Ard) sibuk nk amek gmbr ngan beliau.. Al-maklum lah.., org besar.. susah tu nk jumpe.. hehe... tp sbb ramai sgt org, ktorg pun x dpt la peluang nk amek gmbr Datuk... lgpun, pas majlis perasmian tu, ade press conference.. ia telah mengecilkan peluang kami untuk bergambar bersama... xde rezeki kot.. huhu...

Ok, lunch time..!!! so, ramai la yg queue nk amek mknn... sementara aku still dduk kat meja mls nk beratur pjg.. hehehe.. then, bile barisan tu da jd pendek.. ktorg pun beratur la.. huhu... And suddenly, warga2 VVIP baru naik untuk lunch... huhu.. lalu kat sblh je.. xdpt nk amek gmbr lg..="(

Tetibe, ade org tegur aku dr blakang... "Dik dik.., dari u mana??" "Dari UiTM" jawabku smbil muke terpinga pinga... "Ok, Datuk Mukhriz nk mkn ngan student la hari ini.., Jom ikut akk..." "huh?? xpe la....." (tapi kaki da melangkah kearah meja VVIP) haha.. (Ya Allah! x sangka betul, dapat duduk makan semeja..)

Segan, Malu, Takut, Gembira... semua prasaan ade time tu... hehe.. ye r, kejadian yang tak dirancang-rancang... huhu... sambil mkn tu, ktorg wakil student 4 org ni hanye tersenyum2 je dengar mereka-mereka berbicara tentang bisnes.. haha.. mn la ktorg tau pape... huh! malu...

Then, pas habis makan & borak2 tu.., kami pun mengambil gambar beramai-ramai... wah..!! exclusive lg tu... x perlu nk berebut2... hehehe






.......::: walaupun mase tu makan x kenyang... tp x kisah lah.. bukan slalu pun dapat makan ngan VVIP macam ni.. hehehehe ::::.........

Saturday 16 June 2012

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Bimbingan Rohani menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

* Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

* Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


....::: copy pasta.. semoga dapat share sikit ilmu kpd korg..=) :::.......

Saturday 19 May 2012

CaRa PerMohOnAn PinJaMaN PTPTN kPd BiASiSwa

hye sume...
korg dpt 1st class degree?? Tahniah... wah.. terus dpt tajaan biasiswa drpd PTPTN ye.. huhu.. tp korg kena apply tau untuk dptkan biasiswa tu.. bukan nyer duduk n tunggu dpt surat je.. huhu... xtau cam ne nk apply?? ok, ni care2 nyer...

1-Isi Borang ni... (pilih yg no 5 tu)
2-korg kena photostat sijil yg menyatakan korg dpt 1st class tu... then cop pengesahan di HEP
3-Photostat transkrip n sahkan...
4-dapatkan salinan sijil perakuan akredetasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia MQA.. Perakuan ni, korg bole dptkan kat sini..
5-Buat la surat rasmi untuk PTPTN yg bertajuk, PENUKARAN PEMBIAYAAN PTPTN KEPADA BIASISWA.. Dlm surat ni, nyatakan lah korg nyer personal detail dan yg sewaktu dengannya... hehe

pastu da siap sume, korg bole lah pos kan kat alamat ni

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KUTIPAN BAYARAN BALIK
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 
LOT G2, TINGKAT BAWAH,
WISMA CHASE PERDANA,
OFF JALAN SEMANTAN,
DAMANSARA HEIGHTS,
50490 KUALA LUMPUR

......::: Tahniah korg... All The Best..!!! :::......

My CoNvOcATiON

Hye sume..,
Pada 13-20 Mei 2012 telah berlangsung la majlis konvokesyen UiTM yg ke 76.. jadi, Hari selase lepas (15 Mei 2012) tersenarai lah name aku untuk konvo.. huhu... syok woo.. ape tidak nyer.., setelah berpenat lelah, berhempass pulas, becekang mate untuk aku dapatkan degree ni... but finally, i'm grad now..!!!  Sarjana Muda Kepujian Seni Lukis dan Senireka Seramik (Kelas Pertama).. bukan senang woo nk pegang title tu..
Walaupun sedikit kecewa sbb xdpt ANC(Anugerah Naib Canselor), tp at least, dpt la 1st class.. huhu.. untung2 x payah nk membayar PTPTN.. tu yg syok tu.. hehehe
Special thx to Mak, Ayah, Kak Ela, Am, Wani, Ira & special thx to ma lovely person...  thx korg2 sume sbb sudi dtg majlis konvo aku.. hehehe
ni je gmbo2 yg sempat aku upload... hehehe.. yg lain nnti aku upload kemudian ekk...



.....:::: kesian mak, walauun kaki dia sakit.., dtg jugak.. TQ mak... tp x rugi tu.. dpt paking kat depan dewan.. sbb OKU.. hehehehe ::::......

Tuesday 24 April 2012

SenYum KamBinG...

Hai, korg2 penah bace metro online x??
slalunyer, pagi2 dtg opis je aku akn bace metro dlu... update info la katekan.. hehehehe
pastu, punye la syok bace metro... tetibe aku terbace ni plak...
berkali-kali aku bace ayat tu.., nk pastikan same ade mate aku yg salah ke, atau mmg ayat tu yg salah...
setelah ditelek dan discan sepuas-puasnyer... ternyate.. hahahaa... mmg ayat tu yg salah..
pastu ape lg... tersenyum kambing la aku depan pc sengsorg.. 
pastu aku ajak geng ketawe same2.. hahahahaahha
mungkin writer ni ngntok kot time tulis article ni... 
xpe2... anda dimaafkan.. hehehe

.......::: Lain kali, tulis leklok ekkk... Peringatan utk diri sendiri jugak =P :::.......

Monday 23 April 2012

I AM IN HEAVEN AS I AM WITH YOU



The day I fall for you...
Made me realize pleasure of life

The way you loved me...
Taught me how to care in life

The pain in living apart and
The suffering of missing you

Promise to be with you always,
I hope you will too...

Dry throat once wet,
As we finally met...

The reason to love you,
Will always remain the same...

I am in heaven
As I am in you,

I will be in heaven,
As I will be with you...

.....:::Tq dear for create a poem for me..=):::....

Wednesday 4 April 2012

WeLcoMe Note (",)v

hai..., hari ni 03 / 04/ 2012... first day buat blog.. huhu... klakar gile... xpe, 1st try.. huhu.. leceh gak.. ingat senang jer.. =)..